Alunan Istighfar, Zikir, Selawat & Doa

Tuesday, January 13, 2009

Keberatan Maut Dan Kengeriannya

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a.
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Maan ahabba liqaa Allah,
anabballahu liqaa'ahu wamam karina liqaa Allahi karihallahu liqq'ahu bermaksud:
Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan
siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka
menerimanya.

Seseorang mukmin bila dalam sakaratul maut, mendapat khabar gembira
bahawa ia diridhoi Allah s.w.t. dan akan mendapat syurga, maka ia lebih
suka segera mati daripada terus hidup, maka Allah s.w.t. menyambutnya
dengan limpahan kurnia rahmatNya dan sebaliknya orang kafir ketika melihat
siksa Allah s.w.t. yang akan diterimanya, ia akan menangis dan enggan
(tidak suka) mati dan Allah s.w.t. juga menjauhkannya dari rahmat dan
akan menyiksanya.

Sufyan Atstsauri berkata: "Hadis ini tidak bererti bahawa kesukaan
mereka untuk bertemu kepada Allah s.w.t. itu yang menyebabkan Allah s.w.t.
kasih kepada mereka, bahkan bererti kesukaan mereka untuk bertemu
dengan Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. kasih kepada mereka. Sebagaimana
ayat Yuhibbuhum wayuhibbunahu (yang bermaksud) Allah kasih kepada mereka,
maka mereka cinta kepada Allah juga. Juga didalam hadis: Idza
ahabballahu abdan syagholahu bihi (yang bermaksud) Jika Allah kasih kepada
seorang hamba, maka disibukkan dengan dzikir dan selalu ingat kepadanya."

Ketika Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa siapa yang tidak suka
bertemu kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. tidak suka bertemu kepadanya.
Sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kita semua tidak suka mati." Jawab
Rasulullah s.a.w. "Bukan itu, tetapi seorang mukmin bila akan mati datang
Malaikat yang membawa khabar gembira kepadanya apa yang dijanjikan oleh
Allah s.w.t. sebaliknya orang kafir jika akan mati datang Malaikat yang
mengancamnya dengan siksaan Allah s.w.t., yang akan dihadapi sehingga
ia tidak suka bertemu kepada Allah s.w.t."

Abul-Laits dengan sanadnya dari Jabir r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: Hadditsu an Bani Isra'il wala haraj, fa innahum qaumun
qad kaana fahimul a'aajib (yang bermaksud) Kami boleh bercerita tentang
bani Isra'il, dan tidak ada dosa, kerana pada mereka telah terjadi
berita-berita yang aneh-aneh (ganjil-ganjil).

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan: Terjadi serombongan Bani
Isra'il keluar sehingga sampai diperkuburan, lalu mereka berkata:
"Andaikata kita sembahyang disini kemudian berdoa kepada Tuhan supaya keluar
salah seprang yang telah mati disini lalu menerangkan kepada kami
bagaimana soal mati, maka sembahyanglah mereka kemudian berdoa, tiba-tiba ada
orang telah menonjolkan kepalanya dari kuburan berupa hitam, lalu
bertanya: "Hai kaum, apakah maksudmu, demi Allah saya telah mati sejak
sembilan puluh tahun yang lalu, maka hingga kini belum hilang juga rasa
pedihnya mati kerana itu berdoalah kamu kepada Allah untuk mengembalikan
aku sebagaimana tadi, padahal orang itu diantara kedua matanya ada tanda
bekas sujud."

Abul-Laits berkata: "Siapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap
sedia menghadapinya dengan melakukan amal yang soleh (baik) dan
meninggalkan amal kejahatan (dosa), sebab ia tidak mengetahui bilakah
datangnya mati itu kepadanya, sedang Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan
pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk menghadapinya
dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah menghadapi penderitaan dunia,
sebab penderitaan dunia ini jauh lebih ringan dibandingkan dengan
siksaan akhirat sedang maut itu termasuk dari siksaan akhirat."

Abdullah bin Miswar Al-Hasyimi berkata: "Seorang datang kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dan berkata: "Saya datang kepadamu supaya kau ajarkan
kepadaku ilmu-ilmu yang ganjil." Ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w.: "Kau
telah berbuat apa terhadap pokok ilmu? Orang itu bertanya: "Apakah itu
pokok ilmu?" Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kau telah mengenal
Tuhan Azzawajalla.? Jawabnya: "Ya." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya
lagi: "Maka apakah yang telah kau kerjakan pada haknya?" Jawabnya:
"Masyaallah. (Yakni apa yang dapat dikerjakan). Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Laksanakan itu sebenar-benarnya, kemudian kamu kembali untuk saya
ajarkan kepadamu ilmu yang ganjil-ganjil." Kemudian setelah beberapa tahun
ia datang kembali maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya:
"Letakkan tanganmu didadamu (hati), maka apa yang kau tidak suka untuk
dirimu, jangan kau lakukan terhadap saudaramu sesama muslim, dan yang kau
suka untuk dirimu, lakukanlah sedemikian terhadap saudaramu sesama muslim,
dan

Abdullah bin Miswar berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. membaca
ayat yang berbunyi: Faman yaridillah an yahdiyahu yasy-rah shadrahu lil
islam, waman yurid an yudhillahu yaj'al shadrahu dhayyigan harajan, ka'
annama yash-sh'adu fissamaa'i. (yang bermaksud) Maka siapa yang
dikehendaki mendapat hidayat, dilapangkan dadanya untuk menerima Islam, dan
siapa yang dikehendaki oleh Allah kesesatan maka menjadikan dadanya
sempit sukar, bagaikan akan naik kelangit. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: "Nur Islam jika masuk kedalam hati maka lapanglah dada." Nabi
Muhammad s.a.w. lau ditanya: "Apakah ada tandanya?" Jawab Nabi Muhammad
s.a.w.: "Ya, menjauh dari tempat-tempat tipuan dan condong pada tempat
yang kekal dan bersiap-siap menghadapi maut sebelum tibanya."

Ja'far bin Barqaan dari Maimun bin Mahran berkata bahawasanya Nabi
Muhammad s.a.w. ketika menasihati seseorang bersabda yang bermaksud:
"Pergunakanlah lima sebelum tibanya lima, Mudamu sebelum tu amu, sihat mu
sebelum sakit mu, longgar mu (kelapangan) sebelum sibuk mu, kaya mu
sebelum kekurangan mu (miskin) dan hidup mu sebelum mati mu."

Dalam pelajaran ini Nabi Muhammad s.a.w. telah menghimpunkan ilmu yang
banyak, sebab seseorang dewasa akan dapat berbuat apa yang tidak dapat
dilakukan sesudah tua, pemuda jika biasa berbuat dosa, sukar baginya
menghentikannya jika telah tua, maka seharusnya seorang pemuda
membiasakan dirinya berbuat baik dimasa muda supaya ringan baginya melakukannya
apabila telah tua. Demikian pula ketika sehat sebelum sakit, seharusnya
masa sehat itu digunakan untuk lebih rajin berbuat amal soleh, sebab
jika telah sakit pasti lemah badannya dan kurang kekuasaan dalam
mempergunakan harta kekayaannya. Demikian dimasa luang sebelum sibuk, yakni
diwaktu malam yang lapang, sedang diwaktu siang sibuk, kerana itu
hendaklah sembahyang malam dan puasa siang terutama dimusim dingin sebagaimana
sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Musim dingin itu keutungan bagi seorang
mukmin, panjang malamnya maka digunakan untuk sembahyang, dan pendek
siangnya maka digunakan puasa."

Dalam lain riwayat: "Malam itu panjang maka jangan kau singkat dengan
tidurmu, dan siang itu terang maka jangan kau gelapkan dengan
dosa-dosamu." Demikian pula gunakan kesempatan masa kaya dan cukup sebelum masa
berkurang dan miskin, yakni dimasa kau masih merasa serba kecukupan dan
tidak berhajat kepada apa yang ditangan orang. Dan terutama masa hidup
sebelum mati, sebab tiap detik dari hidupmu itu sebagai permata yang
sangat besar harganya bila kau gunakan benar-benar untuk kesejahteraan
dunia dan akhiratmu.

Ada peribahasa Persia yang demikian ertinya: Jika kau masih kecil
bermain bersama anak-anak kecil dan bila telah remaja lupa kerana banyak
hiburan, lalu bila tua lemah dan tidak kuat, maka bilakah akan beramal
untuk Allah s.w.t, sebab bila telah mati tidak akan dapat berbuat apa-apa
bahkan semua amal perbuatan telah terhenti, kerana itu harus kau
gunakan benar-benar masa hidup untuk segala sesuatu yang akan membawa
keselamatan dunia akhirat, dan bersiap-siap menghadapi maut yang sewaktu-waktu
akan tiba kepadamu.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. melihat Malaikat
Maut didekat kepala seorang sahabat Anshar, maka Nabi Muhammad s.a.w.
berkata kepadanya: "Kasihanilah sahabatku kerana ia seorang mukmin."
Jawab Malaikat Maut: "Terimalah khabar baik hai Muhammad, bahawa aku
terhadap tiap mukmin sangat belas kasihan, demi Allah, ya Muhammad, aku
mencabut roh seorang anak Adam, maka bila ada orang menjerit dari
keluarganya, aku katakan: "Mengapa menjerit, demi Allah kami tidak berbuat
aniaya dan tidak mendahului ajalnya, maka kami tidak ada salah dalam
mencabut rohnya, maka bila kamu rela dengan hukum Allah kamu mendapat pahala,
dan jika kamu murka dan mengeluh kamu berdosa, dan kamu usah mencela
kami, sebab masih akan kembali maka berhati-hatilah kamu. Dan tiada
penduduk rumah batu atau bambu, kain bulu didarat atau laut melainkan aku
perhatikan wajahnya tiap kali lima kali, demi Allah ya Muhammad andaikan
aku akan mencabut roh nyamuk tiada dapat kecuali bila mendapat perintah
da

Abu Said Alkhudri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melihat
orang-orang yang tertawa maka Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Andaikan kamu banyak ingat mati yang menghapuskan kelazatan, nescaya kamu
tidak sempat sedemikian." "Sesungguhnya kubur itu adakalanya sebagai
kebun dari kebun-kebun syurga atau salah satu jurang neraka."

Umar r.a. berkata kepada Ka'ab: "Terangkanlah kepada kami tentang
maut." Ka'ab berkata: "Maut itu bagaikan pohon berduri dimasukkan kedalam
tubuh anak Adam, maka tiap duri berkait dengan urat, lalu dicabut oleh
seorang yang kuat sehingga dapat memutuskan apa yang terputus, dan
meninggalkan apa yang masih tinggal."

Sufyan Atstsauri jika ingat mati, maka ia tidak berbuat apa-apa sampai
beberapa hari, bahkan jika ditanya masalahnya, ia hanya menjawab:
"Tidak tahu." Seorang hahim berkata: "Tiga macam yang tidak layak dilupakan
oleh seorang yang sihat akalnya iaitu rosaknya dunia dan
perubahan-perubahannya, dan maut, dan kerosakan-kerosakan apa yang didunia, yang
tidak dapat dielakkan."

No comments:

Post a Comment