Alunan Istighfar, Zikir, Selawat & Doa

Thursday, January 15, 2009

Betapa masa itu emas kan?? agaknya emas pun tidak ternilai betapa ruginya kita dalam hidup ini....

*Berzikir , bertasbih dan bertahmid la kita selagi ada umur di dunia ini...kerna kita tiada lagi masa untuk menangguh dari bertaubat kepadaNYA..dan esok belum tentu milik kita.. Percayalah..lebih ke akhirat , dunia akan mengejar kita dan kesenangan akan datang limpahan dariNYA tanpa kita merisaukan diri kita memikirkan hal dunia yanG tidak pernah puas... :) semoga kita dalam keberkataan dan keredhaan dia... :)

Diceritakan bahawa Abdullah dan Ahmad bin Harab datang di suatu tempat. Ahmad memotong rumput. Lalu Abdullah bertanya, " Kau telah rugi lima hal. Hatimu sibuk dengan lupa bertasbih. Nafsumu sibuk bukan untuk berzikir. Kau jadikan ia bersandar padamu dan kau halangi dia bertasbih. Dan itu sebagai hujah Allah menanyaimu di hari kiamat. Demikian dalam kitab "Rauniqul Majalis'.
Dari As Sirri ra dia berkata : Aku melihat Jarjani mengunyah-ngunyah roti terus. Maka ku tanya, " Mengapa kau tidak memakan yang lainnya?" Dia menjawab, 'Aku bermaksud dari mengunyah ini sampai lumat bertasbih sembilan puluh kali." Lalu aku tidak mengunyah roti sampai empat puluh tahun. Sahal bin Abdullah ra dalam tiap lima belas hari hanya akan makan sehari. Ketika ramadhan , dia hanya makan sekali. Bahkan kadang dia tidak makan sampai tujuh puluh tahun. Jika dia makan dia jadi lemah. Jika dia tidak makan dia jadi tidak kuat pula. Dan Abu Hammad al-Aswad datang ke masjidil haram sampai tiga puluh tahun. tidak pernah melihat dia makan atau minum dan setiap saat dia berzikir saja.
Diceritakan dari Amr bin Ubaid.Dia tidak keluar dari rumahnya kecuali untuk tiga hal: Solat berjemaah, menziarahi orang sakit dan takziah. Dia berkata, 'Aku lihat manusia itu pencuri.Umur itumutiara indah tak ternilai dan sepatutnya adalah untuk mengisi rumah di akhirat. Ketahuilah pencuri akhirat harus zuhud di dunia agar hikmahnya satu serta lahir batinnya tidak berbeza. Tidak mungkin menjaga 'hal' kecuali dengan kesamaan lahir batin."

Ibrahim bin Hakim berkata, "Bapaku jika hendak tidur dia pergi ke laut lalu bertasbih . Maka datanglah ular-ular laut bertasbih bersamanya."
Wahab bin Muhabbah berdoa kepada Allah agar tidak suka tidur di malam hari. Maka dia tidak tidur empat puluh tahun. Hassan al-Hallaj mengikat tumitnya sampai ke lutut dengan tiga tali. Bersama itu tiap sehari semalam dia solat seribu rakaat. Al-Junaid setiap kali pergi ke pasar dia buka dan masuk ke kedainya lalu dia memasang satir dan dia solat empat ratus rakaat. Setelah itu pulang lagi ke rumahnya. Habsyi bin Daud selalu solat dari isyak sampai pagi. Maka sepatutnya orang mukmin sentiasa berwuduk , jika batal segera berwuduk dan solat dua rakaat. Juga sentiasa mengadap kiblat semasa berada di dalam majlis. Dan rasakan di dalam hati seolah-olah berhadapan dengan Rasulullah saw. Hingga selalu berbuat sesuatu dengan hati-hati. Sanggup menahan sakit , tidak membalas orang yang menyakiti malah mengampunkannya. Tidak membanggakan diri dan amalnya. Sebab ujub itu sifat syaitan. Dia lihat dirinya hina tetapi meliaht orang lain soleh dan mulia. Barangsiapa tidak memuliakan taat, maka Allah akan menarik lazatnya beribadah dari hatinya.

No comments:

Post a Comment